Yen menguat pada Jumaat kerana permintaan yang semakin melonjak terhadap matawang ‘safe-haven’ berikutan kejatuhan mendadak Pound. Pasaran dilihat semakin bimbang terhadap komen Theresa May yang akan memulakan langkah formal untuk meninggalkan Kesatuan Eropah menjelang Mac tahun depan.
GBP/USD berada dibawah tekanan selepas Theresa May mengatakan bahawa Bank of England menggunapakai dasar kewangan yang longgar.
GBP/USD menurun 1.56%, manakala USD/JPY, AUD/USD dan EUR/USD juga dicatat menurun.
Pound menjunam ke paras terendah dalam tempoh 31 tahun dan hal ini membuktikan kerisauan pasaran terhadap kenyataan May sebelum ini. May sebelum ini mengesahkan bahawa Artikel 50 akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2017. Dan perkara ini bukanlah sesuatu yang begitu mengejutkan apabila perkara ini pernah menjadi rumors beberapa kali sebelum May mengesahkannya pada Isnin lalu.
Penurunan tajam hari ini menunjukkan bahawa pasaran tidak lagi mempunyai selera untuk membeli GBP sehingga Brexit benar-benar reda.
Terbuktilah bahawa Brexit mendatangkan ‘perang matawang’ paling besar dalam sejarah dunia sekali gus menjangkakan kelemahan ekonomi pada bulan-bulan yang akan datang.