Kali terakhir bank pusat Australia (Reserve Bank of Australia) memotong kadar faedah (kepada 1.5%) ialah pada Ogos lepas. Sejak itu, pihak bank pusat dilihat lebih berpendirian neutral dalam menyampaikan maklumat polisi bank pusat. Contohnya, mereka masih menunggu lebih data ekonomi di masa depan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan polisi monetari(kewangan).
Pada mesyuarat hari ini, bank pusat dijangka akan mengemaskini data inflasi. Seperti yang kita tahu data inflasi telah dikeluarkan minggu lepas dan dijangka menjadi tumpuan pada hari ini.
Data CPI, Consumer Price Index (Indeks Harga Pengguna) yang dikeluarkan pada minggu lepas mencatatkan nilai yang lebih baik dari jangkaan. Statistik yang agak baik ini banyak disumbangkan oleh sektor tani iaitu buah-buahan dan sayuran. Penganalisis yang meramalkan CPI akan berada pada paras 0.5% kurang dari data sebenar iaitu 0.7%.
Consumer Price Index adalah data yang terpenting dalam penentuan kadar inflasi sesebuah negara.
Selain daripada inflasi yang agak baik, pertumbuhan ekonomi Australia dan gunatenaga (pekerjaan) juga semakin meningkat. Lowe (Gabenor RBA) juga pernah dilaporkan akan cuba untuk membawa kadar inflasi ke paras 2 atau 3 peratus jika berlaku sebarang pertumbuhan ekonomi yang lemah dan peningkatan pengangguran. Dengan kata lain beliau mungkin akan menurunkan kadar.
Pada mesyuarat hari ini para pemain pasaran akan menumpukan kepada forward guidance (panduan kehadapan) sama ada polisi pelonggaran (easing policy) sudah cukup/lengkap ataupun ada sebarang niat untuk memotong kadar di masa depan.
Pasaran kewangan hanya memberikan 6 peratus kebarangkalian pemotongan kadar pada hari ini dan 42 peratus potongan kadar berlaku pada tahun hadapan. Menurut portal berita Bloomberg, 6 daripada 28 penganalisi ekonomi mengatakan akan ada pengurangan kadar faedah oleh Bank Pusat Australia pada hari ini.