Kebanyakan matawang emerging markets (pasaran baru) di Asia melemah disebabkan China yang akan membiarkan nilai matawangnya turun selepas ia menyusut minggu lalu.
Yuan semakin menyusut sehingga merekodkan catatan terendah pada isnin disebabkan penguatan Dollar US dan penyusutan eksport. Nilai matawang Won Korea Selatan jatuh tiga hari berturut-turut dan Ringgit Malaysia juga turut susut-nilai.
Kenapa kebanyakan matawang Asia turut jatuh?
Hal ini disebabkan kesan serantau yang mana negara-negara ini mempunyai hubungan perdagangan. Pada tempoh Januari-Ogos 2016 eksport Malaysia ke China telah pun mencatat RM58.93 billion dan merupakan 11.80% dari jumlah eksport keseluruhan Malaysia.
Untuk pengetahuan pembaca, China adalah antara rakan dagang terbesar Malaysia di belakang Singapura. Oleh sebab itu, China sebagai ekonomi ke-dua terbesar dunia akan memberi kesan langsung kepada Malaysia dan tak-langsung kepada dunia.
Menurut Ahli ekonomi di Bank of Singapore, Moh siong, matawang asia didagangkan bercampur-campur minggu lepas dan minggu ini penetapan nilai Yuan akan menjadi faktor penting kepada halatuju matawang ini. Kejatuhan nilai Yuan banyak disebabkan penguatan oleh Dollar US.
Matawang Korea Selatan jatuh 0.10% pada pukul 9.48 pagi tadi, manakala Ringgit Malaysia juga jatuh 0.10% kepada 4.1890 berbanding Dollar US.
Matawang Yuan pula jatuh kepada 6.7758 berbanding Dollar US mendekati rekod terendah 6.7850 yang dicatatkan pada September 2010.