Data Jualan Runcit (Retail Sales) yang dikeluarkan semalam (17 November) lebih tinggi daripada yang dijangkakan pada Oktober sebanyak 1.90% berbanding ramalan penganalisis 0.50%. Peningkatan tahunan lebih besar dari jangkaan iaitu 7.40% berbanding 4.20% sebelum ini. Bacaan ini adalah yang tertinggi dicatatkan sejak April 2002 berikutan perbelanjaan yang terus kukuh.
Data ini mengira perubahan jualan runcit sama ada naik atau turun dan dikeluarkan setiap bulan. Data dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (Office for National Statistics).
Jika tidak mengambil kira bahan api peningkatan 2.10% secara bulanan dan peningkatan tahunan (annually) sebanyak 7.60% berbanding bacaan sebelum ini 4.00%.
Manakala bacaan selama tiga-bulan(3-month basis), jualan keseluruhan meningkat 1.90% dengan peningkatan tahunan 5.90%.
Adanya peningkatan di kesemua sektor dengan permintaan tinggi dalam sektor pakaian. Hal ini mungkin disebabkan permintaan pakaian bagi musim sejuk dan perayaan Halloween sebelum ini.
Purata harga kedai (store prices) jatuh 0.70% pada Oktober yang merupakan kejatuhan terendah sejak Julai 2014 yang memberikan isyarat bahawa tekanan deflasi sudah berkurangan berikutan kesan kejatuhan Pound.
Pound (GBP) naik sejurus data ini dikeluarkan walaupun sebelum itu GBP telah menguat. Indeks saham FTSE naik 0.40%.
Walaupun data yang dikeluarkan agak baik namun kita masih melihat Gbp/Usd melemah disebabkan jangkaan kenaikan kadar The Fed pada Disember berikutan ucapan Yellen semalam.