Pound menyusut lebih rendah pada hari Rabu berikutan data pekerjaan UK membawa harapan baru terhadap kenaikan kadar oleh Fed.
GBP/USD mencecah nilai terendah dalam sesi Eropah iaitu 1.3011, tergelincir 0.24%.
Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata kadar pengangguran kekal pada 4.9% dalam tempoh 3 bulan seiring dengan jangkaan awal.
Selain itu, laporan claimant count mencatat penurunan sebanyak 8,600 orang pada bulan Julai, manakala indeks pendapatan sederhana termasuk bonus meningkat 2.4% dalam tempoh 3 bulan.
Tidak termasuk bonus, gaji meningkat sebanyak 2.3%, juga sejajar dengan anggaran konsensus.
Pun begitu, US Dollar menguat disebabkan oleh komen agresif dari 2 pegawai Fed.
Sementara itu, sterling stabil berbanding euro, dengan EUR / GBP dinilai pada 0.8651.
Anda ketinggalan menyaksikan peningkatan pound semalam? Klik pautan ini!