US Dollar meningkat dari paras terendah dalam tempoh 7 minggu berbanding Yen dan Euro pada Rabu berikutan komen agresif dari pegawai Fed. Pun begitu, keraguan pasaran terhadap kesediaan bank pusat telah mengehadkan peningkatan terbabit.
US Dollar meningkat hampir 0.2% kepada 100.530 yen selepas jatuh kepada 99.550 semalaman.
Euro pula dicatat stabil pada $1.1279 iaitu nilai tertinggi sejak 24 Jun lalu.
Data yang lemah pada minggu lepas memberi impak kepada Dollar sekali gus menjejaskan prospek kenaikan ole Fed dalam jangka masa terdekat.
Pun begitu, komen agresif dari 2 presiden Fed telah membuat pasaran kembali meneliti peningkatan oleh Fed pada hujung tahun ini.
Menurut Junichi Ishikawa, penganalisis FOREX di IG Securities, Tokyo, pandangan agresif dari pegawai-pegawai Fed ini telah kembali menolak nilai US Dollar. Namun begitu, pasaran hanya mengharapkan satu dua kenaikan pada tahun ini, bukan empat seperti yang dijangka pada akhir 2015 yang lalu.
US Dollar Index hampir tidak berubah selepas kehilangan hampir 0.8% pada Selasa.
Sterling juga diniagakan hampir sama selepas merekod kenaikan sebanyak 1.3% semalam.
Kebanyakan pelabur sedang meneliti data pekerjaan British untuk melihat sama ada Pound mampu mengukuhkan kedudukannya.
Di tempat lain, Dollar Australia dan New Zealand merekodkan kemajuan dalam sesi ini.