Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) hari ini mengekalkan kadar faedah “interest rate” pada kadar yang sama dengan sebelumnya iaitu 2.25% pada pengumuman 5.00 pagi (waktu Malaysia) hari ini.
Ia menyebabkan pasangan matawang NZD/USD melonjak hampir 100 pip ke sekitar 0.7110 dan kembali ke 0.7070 sekitar 5 minit kemudian.
Jika dilihat, ramai trader memegang posisi seolah-olah mengharapkan RBNZ untuk “cut rates” (menurunkan kadar faedah), tetapi ia tidak terjadi sekaligus menyebabkan NZD/USD meningkat ke paras tertinggi tahun ini.
Antara dirisaukan oleh Gabenor Bank New Zealand, Graeme Wheeler adalah harga rumah yang meningkat tinggi di Auckland.
Wheeler mahu inflasi mencapai sekitar 1-3% dan sementara ini beliau tunda dahulu untuk “monetary easing” untuk dia menjangkakan kesan harga rumah yang meningkat naik ke atas cara isi rumah berbelanja.
Ini juga akan memberi beliau peluang untuk menjangkakan perkembangan ekonomi.
Semakin beliau tunda untuk membuat “monetary easing”, semakin tinggi nilai New Zealand Dollar meningkat dan akan lebih menyukarkan tugas beliau.
RBNZ dilihat bakal memotong kadar faedah lagi sekali, selepas memotongnya dari 2.50% ke 2.25% pada bulan Mac lepas.