Seluruh dunia dijangka menambah kos yang dibelanjakan untuk membeli ubat-ubatan sehingga boleh mencecah $1.5 trillion menjelang tahun 2021. Data ini dikeluarkan sendiri oleh QuintilesIMS Institute Healthcare Informatics.
Ini merupakan suatu angka yang agak tinggi daripada yang pernah dicatatkan pada tahun 2016. Hal ini berikutan peningkatan kos terhadap ubat Hepatitis C dan rawatan bagi penyakit kanser. Menurut pengarah institute terbabait, angka ini agak mahal dan tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Pertambahan kos ubat itu juga selaras dengan pertambahan jumlah ubat-ubat yang baru diluluskan. Terdapat 45 ubat baru diluluskan oleh FDA pada tahun lepas dan 41 ubat baru pada tahun 2014. Ini merupakan dua kali ganda daripada jumlah ubat yg diluluskan sehingga 5 Disember ini.