Salah seorang individu yang paling berkuasa dalam Kesatuan Eropah mengatakan bahawa Uk kritikan terhadap rundingan Brexit yang dikendalikan oleh 28 negara yang merupakan ahli blok tersebut langsung tidak realistik.
Hal ini berikutan, rundingan tersebut dianggap masih belum bermula selagi Perdana Menteri Theresa May tidak mencetuskan Article 50 bagi memulakan proses rundingan secara formal.
Donald Tusk yang juga Presiden Majlis Eropah ini memberi maklum balas kepada surat yang telah ditandatangani oleh 81 orang ahli-ahli politik, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Konservatif Michael Tomlinson. Dalam surat terbabit, ahli-ahli politik itu mengatakan bahawa manusia itu bukan barang dagangan dan memfokuskan kenyataan terbabit terhadap nasib pendatang EU ke UK.
Seperti yang semua mahukan, beliau turut mengharapkan tiada proses tawar-menawar dijalankan dalam proses rundingan. Hal ini berikutan, pasaran memerlukan penyelesaian yang tepat dan menyeluruh selain menyediakan jaminan keselamatan buat rakyat.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 4.5 juta rakyat Britain tinggal di luar negara, namun hanya 1.3 juta daripada mereka yang tinggal di Eropah, terutamanya di Sepanyol, Perancis dan Ireland.
Jumlah pendatang dari EU yang mamasuki UK telah meningkat sejak beberapa tahun lepas, khususnya dari Poland. Pada bulan Ogos tahun ini, Poland telah mengatasi India sebagai jumlah rakyat tertinggi yang mendiami UK.
Kerajaan British meletakkan kawalan imigresen di barisan hadapan dalam perbincangan Brexit dan juga menolak untuk akses pasaran tunggal. Dalam erti kata lain, ia mahu manfaat daripada keadaan dagangan yang disatukan tetapi ia mahu menarik diri daripada klausa yang membolehkan semua rakyat EU untuk berkeliaran bebas di antara satu sama lain sempadan.
Dalam perbincangan semasa, kerajaan British dilihat meletakkan kawalan imigresen sebagai isu utama dan menolak akses pasaran tunggal. Dalam erti kata lain, Britain mahukan manfaat dagangan namun ingin menyekat pergerakan bebas rakyat EU daripada memasuki sempadan negaranya.
Walaubagaimana pun, persoalan utama yang menjadi tanda tanya buat masa sekarang ialah hak-hak kerakyatan terhadap rakyat Britain yang tinggal di EU.
Tiga Bank Utama Ini Gagal Melepasi Ujian Tekanan Institusi Perbankan di UK!