Tiga Bank Utama Ini Gagal Melepasi Ujian Tekanan Institusi Perbankan di UK!

66

Royal Bank of Scotland, Barclays dan Standard Chartered antara yang dikesan menghadapi tekanan dalam ujian tekanan yang dijalankan ke atas institusi perbankan di UK.

Ketiga-tiga bank tersebut perlu mengemukakan butiran kepada pengawal selia perbankan tentang bagaimana mereka meningkatkan modal dan cara mereka mengatasi risiko terhadap kejutan kewangan.

Setelah diteliti oleh pihak berkuasa Lembaga Peraturan Prudential, ketiga-tiga bank ini didapati berdepan dengan masalah kekurangan modal. Walaupun begitu, bank-bank ini telah mempunyai rancangan yang teliti jika terpaksa berdepan dengan risiko kewangan pada masa akan datang.

Kekuatan sistem perbankan diperlukan untuk menyokong ekonomi sebenar dalam scenario yang lebih mencabar.

Ujian ini juga dijalankan terhadap tujuh bank terbesar di UK dalam mengharungi kemelesetan domestik dan global serta kesediaan untuk menghadapi tekanan ekonomi.

Empat lagi bank besar lain seperti Santander, HSBC, Lloyds dan Nationwide berjaya melepasi ujian ini kerana memiliki modal yang mencukupi.

Senario kekurangan modal ini dikatakan sukar buat Bank of England.

Menurut penyelia kewangan lagi, senario ini juga membawa kerugian kepada keseluruhan sistem sebanyak £ 44 billion dalam tempoh dua tahun pertama, kira-kira lima kali ganda daripada kerugian bersih yang ditanggung oleh bank-bank tersebut pada tahun 2008 hingga 2009 lepas.

OPEC Berpotensi Mengganggu Ketenangan Matawang US Dollar!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat