Ketua Pegawai Pelaburan Doubleline Capital Jeffrey Gundlach berkata tiba masanya bagi pelabur bersedia dengan kenaikan interest rate dan kadar inflasi yang tinggi dengan mengurangkan jumlah position dan bersedia dengan tunai dan berhati-hati dengan volatility.
Gundlach memberitahu dalam webcast semalam, “Sekarang adalah saat yang sangat penting. Interest rate telah berada di paras rendah, mungkin ia tidak akan meningkat dalam tempoh paling terdekat cuma ini adalah permulaan dan anda kena bersedia”.
Gundlach, 56 telah membina karier yang berjaya sebagai seorang pengurus wang dan penganalisa kewangan.
Gundlach memberitahu Presiden Amerika seterusnya, akan memfokuskan perbelanjaan ke atas infrastruktur yang mana akan menambah perangsang fiskal kepada ekonomi.
Ramai yang bertanya, “Bagaimana interest rate boleh naik dengan keadaan data yang tidak pasti?”, jawabnya “Begitulah ia naik dan jika anda sudah lama dalam bidang ekonomi, anda dapat nampak tanda-tandanya”.
Gundlach dilihat terus menarik pelabur ke syarikatnya, berlawanan dengan pengurus lain yang mengelakkan daripada menguruskan skala wang yang besar.