Lira Turki menunjukkan rebound melawan US Dollar semalam setelah kerajaan Turki berjaya mendapatkan kembali kawalan penuh ke atas negara manakala Yen dilihat melemah akibat sentimen pasaran yang semakin baik.
US Dollar menjunam sebanyak 2.71% melawan Lira Turki pada harga 2.9318.
Lira melemah sebanyak 4.73% melawan USD pada hari jumaat setelah perdana menteri mengumumkan cubaan rampasan kuasa akan berlaku dan ia merupakan penurunan yang tertinggi buat Lira sejak Oktober 2008.
Safe haven, Yen juga didagangkan dengan harga rendah, penurunan sebanyak 0.86% dan tidak jauh daripada harga tertinggi sejak 3 minggu lalu.
Permintaan USD meninggi berikutan data jualan runcit US pada jumaat lalu yang positif, menampakkan perkembangan suku kedua tahunan yang positif.
Matawang Euro dan Pound juga dilihat masih menguat dengan EUR/USD meningkat sebanyak 0.24% dan GBP/USD meningkat sebanyak 0.52%.