Harga emas menjunam pada Isnin apabila pelabur mendapat isyarat yang semakin kuat mengenai jangkaan kenaikan kadar yang bakal diumumkan bulan Disember nanti.
Emas bagi penghantaran Disember di Comex jatuh sebanyak 0.90% kepada $1,292.75 satu troy ounce. Juga di Comex, silver futures dan copper futures turut terkena tempias logam kuning apabila didagang menyusut sebanyak 0.78% dan 0.04%.
Selain itu, pilihanraya presiden juga dijangka bakal memberi saingan sengit sejak Hillary Clinton bebas dari tuduhan jenayah yang mengaitkan beliau dengan e-mel peribadinya ketika menggalas jawatan sebagai Setiausaha Negara.
Pada minggu lalu, emas mencatat kerugian berganda apabila ditutp merosot kerana ketidaktentuan pasaran menjelang pilihanraya yang bakal berlangsung 8 November ini.
Tinjauan pendapat juga mendapati bahawa pilihanraya presiden mencemaskan pasaran kewangan global dan menekan US Dollar dari bergerak ke paras yang lebih tinggi.
Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer juga berkata pada Jumaat bahawa pesaran kerja menunjukkan pemulihan apabila menambah sebanyak 161,000 pekerjaan pada bulan Oktober.
Logam kuning dikatakan sensitif terhadap pergerakan kadar kerana bakal menambah kos untuk memiliki emas.
Para pelabur kini menjangkakan peluang sebanyak 66.8% dalam mesyuarat Disember.
Adakah US Dollar Bakal Lumpuh Jika Trump Menang? Baca Ulasan Ini Segera!