Menjelang data gaji Amerika Syarikat yang bakal diumumkan akhir minggu ini, harga emas mula membina rentak diantara keuntungan dan kerugian. Hal ini kerana, data tersebut bakal memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai prospek kenaikan kadar oleh fed pada tahun ini.
Gold futures di Comex meningkat 0.01% satu troy ounce. Disamping itu, silver futures merosot sebanyak 0.04% dan copper futures pula meningkat 0.05%.
Semalaman, harga emas sedikit rendah selepas Amerika Syarikat menunjukkan data perbelanjaan pembinaan menurun untuk bulan ke-3 berturut-turut.
Dalam satu laporan berkaitan, kilang di Amerika Syarikat mencatatkan perkembangan dalam tempoh 5 bulan. Perkembangan positif ini menyaksikan pemulihan terhadap pengeluar AS berikutan Dollar yang sedikit menguat dan sekali gus memberi sedikit impak buat harga emas.
Pada Jumaat, harga emas melonjak kepada $1,362. Angka ini dilaporkan sejurus selepas ekonomi AS berkembang lebih perlahan daripada jangkaan. Berita ini menolak Dollar ke nilai terendah dan pasaran mula kembali menjangkakan kenaikan kadar oleh Fed.
Baca perincian komoditi ini dalam artikel semalam disini! Semoga bermanfaat!