Ekonomi yang baik adalah ekonomi yang mampu memberi peluang kerja yang banyak kepada rakyat dalam sesebuah negara.
Sebarang data yang mencatatkan kadar pengangguran di atas 5% menunjukkan ekonomi itu sedang mengalami masalah. Hal ini disebabkan ekonomi negara itu tidak mampu memberikan peluang pekerjaan kepada sebahagian besar penduduknya.
Data gunatenaga (buruh) New Zealand meningkat pada suku ketiga dengan kadar pengangguran turut berkurang memberikan gambaran ekonomi yang agak baik bagi negara All black ini.
Gunatenaga naik 1.4% daripada suku kedua yang menunjukkan peningkatan lebih dari jangkaan 0.6% berbanding 2.4% pada suku sebelum itu.
Laporan oleh Jabatan Statistik New Zealand ini juga mengeluarkan kadar pengangguran iaitu 4.9% berbanding 5.1% pada suku kedua menunjukkan penyusutan sebanyak 0.2%.
Rajah dibawah menunjukkan kadar pengangguran yang menyusut menunjukkan pasaran buruh yang semakin baik sejak tahun 2014.

Data penyertaan penduduk New Zealand dalam gunatenaga New Zealand juga menunjukkan peningkatan sejak tahun 2014. Ia boleh dilihat dalam rajah dibawah.























































