Aktiviti Perdagangan New Zealand Pada September Suram

53

Trade deficit (Imbangan perdagangan) New Zealand lemah pada September berikutan data yang dikeluarkan pada pagi tadi.  Trade defisit mencatatkan NZ$1.44 Billion pada September berbanding jangkaan iaitu NZ$ 1.10 billion.

Data ini juga menunjukkan peningkatan defisit dari bulan Ogos iaitu NZ$ 1.24 billion yang menunjukkan aktiviti perdagangan yang agak suram.

Penyusutan ini disumbangkan oleh penurunan sebanyak 15% dalam eksport daging. Manakala, import pula dicatatkan meningkat sebanyak 2.20% kepada $13.10 Billion.

Wellington, pertama kali mencatatkan trade deficit pada Julai dan sejak itu tren deficit ini berterusan selama tiga bulan berturut-turut.

New Zealand dilihat semakin hampir untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas bersama India, ekonomi ketiga terbesar di Asia. India adalah rakan dagang kesepuluh terbesar New Zealand.

Perdana menteri New Zealand, John Key, sebelum ini bercakap di siding media yang mana beliau berkata, “without a doubt we’re making progress”, bermaksud perjanjian ini dilihat semakin positif.

Pun begitu, peluang untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas bersama Kesatuan Eropah dilihat suram selepas beberapa negara dalam kesatuan menentang Perjanjian Ekonomi Komprehensif dan Perdagangan (CETA) dengan Kanada.

Perjanjian yang sedang diusahakan oleh New Zealand ini akan memberi kesan positif kepada aktiviti perdagangannya. Oleh itu, New Zealand harus berusaha untuk meyakinkan India dan Kesatuan Eropah untuk mengurangkan trade defisit dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi New Zealand.

Perjanjian yang termeterai mampu menguatkan nilai Dollar New Zealand, kerana akan membawa aktiviti perdagangan yang lebih banyak pada negara itu. Rasionalnya adalah perjanjian ini akan meningkatkan pengaliran wang asing masuk ke New Zealand.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat