Data positif dari China telah menolak harga minyak ke paras yang lebih tinggi setelah memperoleh kerugian berganda sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Sementara itu, simpanan stok mintah mentah yang bakal diumumkan oleh industri AS juga dijangka merudum.
Kekuatan minyak mentah melonjak kepada 1.03% kepada $50.81 setong. Brent mentah turut mencatat nasib yang sama apabila turut meningkat 0.95%.
Sebentar tadi China mengumumkan bahawa KDNK suku ketiga negara tersebut meningkat. laporan itu juga menyaksikan peningkatan yang kukuh dalam jualan runcit, pengeluaran perindustrian dan pelaburan aset tetap.
Terdahulu sebelum ini, Institut Petroleum AS melaporkan bahawa minyak mentah merosot sebanyak 3.8 juta tong minggu lalu. Angka rasmi seterusnya akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga AS hari ini.
Semalam, harga minyak menyusut dengan keyakinan prospek pembekuan bekalan yang masih mempengaruhi pasaran.
Pun begitu, langkah pembekuan minyak mentah ini hanya akan dimuktamadkan dalam persidengan tenaga di Vienna pada 30 November nanti.
Raja Gula Asia Hanya Bermula Daripada Seorang ‘Office Boy’ Sahaja!