Lagenda Machester United iaitu Ryan Giggs dan Gary Neville dikatakan telah menjalin kerjasama dengan seorang jutawan dari Singapura bagi membuka kafe serta hotel yang bertemakan bola sepak di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.
Neville juga memberitahu Bloomberg News bahawa outlet utama akan berada di Singapura.
Beliau turut berkata bahawa sebelum ini usaha tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan di Manchester. Jadi, beliau berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan asset hartanah tersebut di beberapa negara Asia dalam tempoh 12 hingga 18 bulan lagi.
Neville turut memberitahu Straits Times Singapura bahawa ketiga-tiga mereka juga akan mengembangkan Hotel Bola Sepak ke seluruh Asia.
Dalam masa yang sama, beliau mengatakan bahawa perbincangan telah dibuat di India, China, Thailand, Malaysia serta beberapa tempat di UK.
Kafe Bola Sepak pertama telah dibuka di London pada tahun 2013 dan di Old Trafford pada 2015.
Pada bulan Julai lalu, Neville dan Giggs mengumumkan rancangan untuk pembangunan hartanah bernilai berjuta Pound di pusat bandar Manchester, termasuk sebuah hotel yang memuatkan 200 katil, dua bangunan pencakar langit serta rumah ibadat.