Harga Saham Coca-cola Sudah Meningkat 6000% Sejak 1968!

246

Saham Coke hanya bermula pada harga US$0.70 pada tahun 1968 dan pada masa artikel ini ditulis saham Coca-cola berada pada harga US$ 42.44 dan harga tertinggi pernah dicapai adalah US$ 46.99 pada April lepas. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6000% sejak tahun 1968.

Sebentar tadi Coca-cola melaporkan pendapatannya bagi suku ketiga yang menunjukkan peningkatan pendapatan adalah sedikit daripada jangkaan. Sahamnya  meningkat US$0.49 seunit semasa tempoh ini lebih sedikit daripada jangkaan penganalisis iaitu US$0.48. Tahun ini sahaja Coca-cola mensasarkan peningkatan pendapatan sebanyak 3%.

Jualan bersih mencatatkan US$10.6 billion melebihi sedikit jangkaan iaitu US$10.5 billion. Namun data ini menunjukkan kejatuhan sebanyak 7% berbanding tahun lepas.

Muhtar Kent, CEO merangkap pengerusi syarikat minuman terkemuka dunia ini mengatakan, “saya gembira melaporkan kita berjaya mencapai sasaran bagi suku ketiga tahun ini”. “Amerika, Jepun dan Eropah Barat menjadi penyumbang  terbesar kepada peningkatan ini yang disokong oleh inovasi dan pemasaran berkelas dunia”.

 

Muhtar Kent, CEO Coca-cola
Muhtar Kent, CEO Coca-cola

Jualan global semua meningkat kecuali di zon Asia Pasifik, dimana jualan dilihat mendatar berbanding tahun lepas. Keuntungan di Zon Amerika Latin mencatat penurunan 16% dan Eropah 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat