European Union tidak akan memberikan akses penuh ‘single market’ kepada United Kingdom melainkan jika UK membenarkan pergerakan keluar masuk bebas kepada negara-negara EU, menurut perdana menteri Ireland.
Menteri Britain yang ditugaskan untuk berunding dengan EU mengenai Brexit, David Davis menyatakan bahawa UK mahukan persetujuan yang unik dengan mengawal pergerakan keluar masuk dan ini mampu memantapkan lagi perdagangan EU-UK.
Namun pemimpin-pemimpin EU telah menegaskan bahawa Britain tidak boleh memilih apa yang mereka mahu, menolak apa yang tidak mahu sewenang-wenangnya.
Enda Kenny, perdana menteri Ireland berkeras yang kerajaan UK tidak ada hak untuk menentukan apa yang mereka mahu 100%.