Perjanjian persefahaman dengan Kanada tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap rundingan keluar antara Kesatuan Eropah dengan Britain sejak meninggalkan blok tersebut Jun lalu. Pendapat itu diutarakan oleh Presiden Suruhanjaya EU, Jean-Claude Juncker pada hari Ahad lalu.
Kesatuan Eropah mengadakan sidang kemuncak bagi menandatangani perjanjian perdagangan dengan Kanada selama 7 tahun. Perjanjian ini diadakan bagi mengatasi beberapa halangan dari kerajaan serantau di Belgium.
Penyokong Brexit mengatakan bahawa Britain akan lebih aktif untuk mengadakan perjanjian perdagangan sekiranya meninggalkan EU.
Junker turut menyifatkan bahawa perjanjian dengan Kanada tersebut tidak akan memberi sebarang kesan buat rundingan Brexit pada masa akan datang.
Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata bahawa Britain akan memulakan rundingan Brexit secara formal pada akhir bulan Mac.
Walau bagaimanapun, Britain mesti terlebih dahulu menyelesaikan hubungan ekonomi masa depan dengan blok tersebut yang kadang kala mengambil masa lebih dari dua tahun untuk keluar secara formal.
CEO Facebook Untung $1.6 Billion!