Barclays Terus Melawan Paschi Diselamatkan, Pertumbuhan UK Positif Jangka panjang masih negatif, Pasaran ekuiti perlahan. Ini antara topik yang diceritakan dalam pasaran dunia hari ini menjelang perayaan Krismas.
Barclays Plc gagal untuk mendapatkan persetujuan dengan pihak berkuasa US untuk menamatkan siasatan dalam kes jualan satu instrumen kewangan yang dipanggil sebagai ‘mortgage-backed securities’. Kedua-dua pihak ini akan bertemu di mahkamah.
Manakala di Itali, kerajaan akan campurtangan untuk menyelamatkan Monte Paschi yang gagal mengumpulkan dana sebanyak 5 bilion euro.
- Pertumbuhan UK Positif, Jangka panjang masih negatif
Sebentar tadi, laporan pertumbuhan ekonomi UK yang dikeluarkan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.6% berbanding pertumbuhan sebanyak 0.5% pada suku sebelum.
Bacaan pertumbuhan suku ketiga ini telah dikaji semula disebabkan anggaran yang lebih tinggi dalam aktiviti perkhidmatan perniagaan dan industri kewangan.
Walaupun begitu, masih ada kebimbangan kejatuhan dalam pertumbuhan ekonomi pada 2017 yang mungkin berpunca dari perbelanjaan pengguna yang semakin perlahan. Tetapi ekonomi akan terus bergantung kepada sektor pembuatan untuk memberikan kenaikan signifikan kepada ekonomi UK.
- Pasaran ekuiti perlahan
Indeks MSCI Asia Pasifik jatuh 0.2% dengan Stoxx 600 naik 0.1% pada 4.57 petang tadi dalam dagangan yang agak kecil berikutan para pelabur berada dalam mood cuti perayaan krismas. Manakala S&P 500 secara umumnya tidak berubah.