Pertumbuhan ekonomi German (Germany GDP) dilaporkan pada pukul 3 petang tadi yang mencatatkan pertumbuhan 0.20% pada suku ketiga. Bacaan ini lemah berbanding 0.4% yang dicatatkan pada suku kedua dan sejajar dengan jangkaan pasaran.
Pertumbuhan KDNK tahunan bagi German meningkat 1.5% dari 3.1% sebelum ini.
German mencatatkan bacaan yang perlahan dalam perbelanjaan pengguna (consumer sepnding) iaitu 1.5% dari 2.7% sebelum ini. Perbelanjaan kerajaan (Government spending) pula tinggi pada suku ketiga dengan peningkatan 4.5%.
Pertumbuhan pelaburan pula lemah bagi suku ketiga pada kadar 0.80% dari 3.20% sebelum ini yang disebabkan penyusutan dalam perbelanjaan pelaburan mesin.
Manakala eksport memberi sumbangan negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan adanya impak negatif dalam inventori keseluruhan.
Kesan dari data suku ketiga ini dilihat terhad kerana adanya isyarat pengukuhan yang signifikan dalam laporan suku ketiga ini. Data PMI yang dikeluarkan semalam menunjukkan pengukuhan dalam sektor perkhidmatan dan adanya kenaikan sedikit dalam eksport walaupun aktiviti ekonomi di Asia yang suram.
Keseluruhannya, pertumbuhan KDNK German pada suku keempat dijangkakan akan menguat berbanding suku ketiga dan zon Eropah umumnya. Pemulihan yang kukuh dalam zon Eropah akan mengurangkan keperluan bagi Bank Pusat Kesatuan Eropah (ECB) menggunakan polisi monetari yang lebih aggresif.
Deutsche Bank: Trump Mampu Membawa Ekonomi US ke Tahap Tertinggi