Deutsche Bank: Trump Mampu Membawa Ekonomi US ke Tahap Tertinggi

56

Deutsche Bank melihat Donald Trump akan akan memimpin ekonomi US untuk terus berkembang yang mungkin akan menjadi kitaran ekonomi perniagaan (American Business Cycle) yang paling lama berbanding sebelum ini. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Strategi Ekuiti, David Bianco yang turut meramalkan indeks S&P 500 akan mencecah paras 2,250 sebaik sahaja Trump mengambil alih jawatan Presiden.

Untuk rekod indeks S&P 500 pada masa artikel ini ditulis berada di paras 2,198.

Para pelabur pada ketika ini menjangkakan kitaran perniagaan Trump akan menjadi kitaran pengembangan ekonomi yang paling lama dalam sejarah berbanding tempoh 1991 -2001. Bianco juga mengatakan keyakinannya, bahawa S&P 500 mampu mencapai paras 2,500 pada 2018.

Untuk pengetahuan pembaca, rekod pengembangan ekonomi (economic expansion) US paling lama dicatatkan ialah bermula pada 1991 hingga 2001. Rekod ini boleh dipecahkan oleh pentadbiran Trump, jika ekonomi US terus bertahan sehingga 2019 tanpa kemelesetan.

Kejatuhan dalam potensi pertumbuhan bermakna ia tidak memerlukan kejutan ekonomi negatif yang besar sepertimana ia boleh mencetuskan kejatuhan dalam aktiviti ekonomi. Sebaliknya, peningkatan jumlah pesara dalam social security telah meningkatkan perbelanjaan dalam ekonomi yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi US.

Bianco dilihat tidak terlalu mengambil kira risiko kepada peningkatan nilai US dolar, potensi pentadbiran Trump yang terlalu protectionist, dan peningkatan dalam hasil bond kerajaan. Beliau merasakan, pelabur perlu lebih menitikberatkan kadar cukai yang rendah dan peningkatan dalam keuntungan bank-bank.

Deutsche Bank menjangkakan cukai korporat US akan dipotong sehingga 25% yang mana sejajar dengan purata OECD dan meramalkan setiap potongan 5% cukai ini akan meningkatkan saham per unit S&P 500 sebanyak $5.00.

 

Komen Fischer Ini Menambahkan Lagi Sentimen Positif Ekonomi US

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat