Komen Fischer Ini Menambahkan Lagi Sentimen Positif Ekonomi US

43

Dalam ucapan Fischer iaitu Timbalan Pengerusi Rizab Persekutuan (The Fed) memberi perhatian kepada ekonomi dari segi jangka panjang dan cabaran-cabaran produktiviti yang rendah. Pun begitu, beliau mengatakan ekonomi masih baik dan kadar pengangguran telah menyusut kepada 4.90% yang dilihat akan mengukuh dalam jangka panjang.

Tambah beliau lagi, ekonomi telah bergerak ke arah sasaran gunatenaga dan inflasi FOMC (Federal Open Market Commitee).

Fischer dalam majlis sama juga menyentuh tentang polisi fiskal. Beliau mengatakan polisi fiskal tidak boleh membatasi polisi monetari. Ada polisi fiskal yang mampu meningkatkan produktiviti seterusnya menyumbang kepada tahap potensi yang boleh dicapai oleh ekonomi dan membantu untuk menghadapi cabaran-cabaran ekonomi jangka panjang.

Polisi ini termasuklah peningkatan dalam infrastruktur awam, pendidikan lebih baik, dan insentif kepada pelaburan swasta.

Oleh itu, dengan polisi fiskal seperti ini, Fischer menyatakan kenaikan kadar faedah akan mengurangkan kebarangkalian kepada ekonomi dan Federal Reserve (The Fed) untuk memberikan lebih penggunaan polisi dari yang diperlukan.

Pandangan Fischer ini dilihat menggambarkan polisi fiskal sebagai pelengkap kepada polisi monetari dalam membentuk ekonomi yang lebih kukuh dan stabil di tahap yang optimum.

Komen Fischer ini akan meningkatkan lagi spekulasi bahawa rangsangan fiskal (fiscal stimulus) pentadbiran baru US akan meningkatkan lagi potensi kepada kenaikan (Fed Fund Rate). Pun begitu, hal ini bergantung kepada spesifikasi polisi itu nanti yang masih dilihat sebagai satu ketaktentuan dalam ekonomi.

 

Aliran Dana Keluar Buat Negara-Negara di Asia Mencecah $11 Billion Sejak Kemenangan Trump!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat