Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengeluarkan kenyataan hari ini prioriti utama kabine baru adalah ekonpmi dan Abe berkata akan melakukan apa saja yang boleh bagi menyelesaikan masalah deflasi mereka.
Abe terus menerus berkata kelulusan bajet sebanyak 13.5 trillion yen dalam dasar fiskal adalah untuk menyelamatkan ekonomi Jepun.
Sehingga sekarang, Jepun berada dalam keadaan deflasi lebih daripada 15 tahun.
Tambahnya lagi, “Untuk menghadapai risiko ekonomi global, kami akan menggunakan apa saja medium yang ada untuk keluar daripada deflasi.”
Langkah-langkah seterusnya berkaitan dengan dasar-dasar kewangan akan diserahkan kepada Haruhiko Kuroda.