US Dollar meneruskan peningkatan pada Selasa, namun, kebanyakan pelabur mengambil nafas seketika sementara menunggu data pekerjaan AS yang akan dikeluarkan pada minggu ini.
US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 95.714.
US Dollar diniagakan lebih tinggi dari angka yang dicatat pada Jumaat selepas ucapan Yellen.
Laporan pekerjaan Amerika Syarikat pada Jumaat dijangka menunjukkan peningkatan sebanyak 180,000 jumlah pekerjaan bagi bulan Ogos. Median itu dianggarkan oleh kira-kira 89 pakar ekonomi menurut tinjauan Reuters. Angka itu lebih baik dari 255,000 penambahan pada bulan Julai.
Selain itu, merujuk kepada kenyataan Penganalisis Kanan FX di Institut Penyelidikan Gaitame.com di Tokyo, sukar untuk menjangkakan hala tuju kadar tanpa melihat data pekerjaan ini.
Data ekonomi Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan perbelanjaan pengguna meningkat bagi bulan keempat berturut-turut. Data positif itu juga mengukuhkan lagi jangkaan kenaikan kadar untuk masa akan datang.
Sementara itu, Euro melonjak sederhana sebanyak 0.1% berbanding yen.
Disamping itu, Yoshihide Suga berkata dalam satu temu bual bersama Reuters bahawa kerajaan Jepun sedang meneliti pasaran matawang. Ketua Setiausaha Kabinet Jepun itu juga berkata, kerajaan akan bertindak dalam jangka masa yang sesuai bagi membendung lebihan yen.
Baca artikel berkaitan dengan NFP disini!