US Dollar hampir tidak berubah berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat ekoran keyakinan berterusan terhadap kekuatan ekonomi AS dan jumlah dagangan menjelang Krismas.
EUR/USD meningkat sebanyak 0.08 peratus kepada 1.0443.
Jabatan Perdagangan AS melaporkan pada Khamis bahawa data KDNK meningkat pada kadar tahunan sebanyak 3.5 peratus bagi suku ketiga berbanding jangkaan sebanyak 3.2 peratus.
US Dollar semakin menguat disebabkan keputusan Fed dalam menaikkan kadar serta unjuran tiga lagi kenaikan kadar pada tahun 2017.
Dalam masa yang sama, GBP/USD kekal stabil pada 1.2287, manakala USD/JPY menyusut sebanyak 0.14 peratus.
Walaupun berlegar diparas tertinggi, para pelabur masih memberikan tumpuan terhadap data jualan rumah baru dan sentimen pengguna bagi petunjuk yang lebih mendalam terhadap kekuatan ekonomi AS, sekali gus bakal merubah momentum US Dollar.