Logam Hitam Mula Perlahankan Rentak!

37

Harga minyak mentah jatuh pada hari jumaat dalam sesi dagangan Asia menjelang Krismas dan Cuti Tahun Baru, sekali gus mengurangkan keuntungan dalam sesi sebelum ini.

Minyak Brent bagi penghantaran Februari jatuh 23 sen dengan kenaikan 1.1 peratus dari sesi sebelum ini.

WTI mentah pula didagang merosot 26 sen dalam sesi ini.

Ketua Pegawai Pelaburan di Sydney Ayers Alliance iaitu Jonathan Barratt mengatakan bahawa harga minyak kembali melemah berikutan pengukuhan US Dollar.

US Dollar Index dicatat lebih rendah sedikit pada Jumaat, namun masih berlegar berhampiran puncak tertinggi yang pernah dicapai awal minggu ini.

Pengukuhan US Dollar akan mendominasi pasaran minyak mentah serta menjadikan kos minyak mentah akan menjadi lebih mahal berbanding pemegang matawang lain.

Harga minyak mula didagang di sekitar tahap tertinggi sejak pertengahan tahun 2015 berikutan perjanjian OPEC dalam mengurangkan hampir 1.8 juta tong sehari bermula 1 Januari nanti.

Barratt juga menjangkakan minyak mentah bakal didagang sehingga $60 dan minyak Brent pada $62-$63 AS pada suku pertama tahun depan.

Di tempat lain, Talal Nasser Al Athbi iaitu Ketua Biro Eksekutif Pertubuhan Pengeksport Petroleum Negara Arab (OAPEC) berkata pada Khamis bahawa bekalan dan permintaan dalam pasaran minyak global akan kembali stabil pada suku pertama dan kedua tahun depan.

Dalam masa yang sama, Libya terus menambah pengeluaran komoditi hitam berikutan pembukaan semula saluran paip minyak utama negara.

AS dan Russia Bakal Perkukuh Keupayaan Tenaga Nuklear

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat