Amerika Syarikat dan Russia Bakal Perkukuh Keupayaan Senjata Nuklear

103

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Donald Trump dan Vladimir Putin, Amerika Syarikat dan Russia bersedia untuk meningkatkan keupayaan senjata nuklear buat kedua-dua negara. Trump seperti biasa membuat kenyataan langsung melalui Tweetnya di platform media sosial, Twitter.

Sementara itu, Putin membuat ulasan ketika mesyuarat di kementeriannya.

Dalam masa yang sama, Trump sebelum ini ada menyuarakan hasrat terbabit di dalam kempennya. Langkah itu juga diambil selepas perbincangan di White House bersama Kumpulan Keselamatan Kebangsaan dan pegawai keselamatan yang lain.

Buat masa ini, Trump berpendapat bahawa ancaman ISIS sebagai antara ancaman terbesar AS berikutan laporan dalam media antarabangsa yang menunjukkan bahawa ISIS mempunyai keupayaan untuk memperolehi bahan-bahan radiaktif bagi menghasilkan senjata nuklear.

China juga dikatakan menambah ketegangan sedia ada dengan AS apabila mendakwa laluan antarabangsa di laut China Selatan sebagai sebahagian daripada wilayah mereka. Justeru tindakan pertahanan perlu diperkuatkan oleh AS bagi membendung isu-isu seperti ini kerana ia dianggap mengganggu hubungan perdagangan di sana.

Russia memberi komen mengenai hal ini selepas mengeluarkan jangkaan pendapatan yang semakin meningkat tahun depan gara-gara pengurangan pengeluaran minyak mentah. Hal ini berikutan potensi harga logam hitam untuk meningkat lebih tinggi apabila pengeluaran dihadkan. Russia juga sebelum ini tidak berupaya dalam memodenkan pertahanan mereka serta membeli lebih banyak kereta kebal ekoran penurunan harga minyak sejak 2 tahun yang lalu. Justeru, perjanjian dengan OPEC sebelum ini telah meningkatkan aliran tunai, sekali gus menambah keupayaan Russia untuk membangunkan senjata nuklear.

The Washington Post juga dikritik kerana melabelkan senjata nuklear ini bakal digunakan oleh AS untuk tujuan pertahanan terhadap dasar antarabangsa. Namun begitu, senjata nuklear ini disifatkan sebagai dasar pertahanan dan bukan seperti yang dianggap oleh akhbar terbabit.

Keyakinan Pengguna Terhadap Ekonomi di Britain Semakin Perlahan Selepas Brexit

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat