US Dollar meningkat berbanding Yen pada Selasa manakala Euro melonjak sederhana berbanding matawang gergasi menjelang sesi dagangan hujung tahun.
Euro melonjak 0.2 peratus, manakala US Dollar meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 117.230 Yen selepas pasaran kembali dibuka berikutan cuti Krismas.
Yen hanya menunjukkan tindak balas sederhana terhadap data inflasi di Jepun yang menyaksikan harga teras pengguna merosot pada bulan November.
US Dollar telah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan selepas kemenangan Trump, dan juga mendapat manfaat daripada jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi terhadap dasar ekonomi di bawah pentadbiran Trump.
Menurut ahli strategi kanan di SMBC Nikko Securities iaitu Makoto Noji, dasar Trump berpotensi menolak kadar faedah dan inflasi ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun begitu, pengukuhan US Dollar seakan tidak akan memberi banyak tindak balas buat ekonomi AS kerana ekonomi terbesar dunia itu sudah berada pada tahap pengembangan yang maksimum.
Justeru, dasar tersebut perlu mengambil pendekatan berhati-hati agar US Dollar tidak meningkat dengan terlalu mendadak.
US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 102.970.
Dalam masa yang sama, Dollar Australia dan Dollar New Zealand masing-masing merosot sebanyak 0.2 peratus berbanding US Dollar dalam sesi ini.