Dollar CAD melonjak lebih 140 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.2957 sebelum menutup sekitar paras C$1.2940; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan terkesan dari beberapa komen terbaru dari Presiden Feds cawangan yang mengatakan kenaikan kadar secara beransur-ansur perlu diteruskan dan sekiranya laporan ekonomi terus memberansangkan, kenaikan kadar pada Jun ini tidak boleh dinafikan.
Presiden Feds Boston, Encik Eric Rosenberg mengatakan pasaran memandang rendah pada potensi ekonomi AS, dan kenyataan ini telah disokong oleh laporan jualan runcit dan sentimen pengguna AS yang jauh lebih baik dari jangkaan. Laporan jualan runcit yang dijangka kekal pada -0.3%, keluar mengejutkan pasaran pada 1.3% dan sentimen pengguna juga dilaporkan memberansangkan pada 95.8 mata, jauh lebih tinggi dari jangkaan 89.9 mata dan 89.0 mata pada laporan sebelumnya.
Dollar mencapai prestasi terbaik dalam masa dua minggu sejak February lalu, apabila indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang mencapai paras tertinggi sekitar 94.84 mata, sebelum menutup sekitar paras 94.59 mata pada Jumaat lalu. Pada masa yang sama, harga minyak mentah yang menjadi antara nadi utama eksport dan ekonomi Kanada terumbang-ambing Jumaat lalu, setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian dan mencari halatuju selanjutnya.
Kanada yang ketiadaan sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi pada Jumaat lalu, di kuasai oleh laporan ekonomi AS yang begitu memberansangkan. Sebelum daripada itu, indeks perumahan baru Kanada dilaporkan stabil pada 0.2% berbanding jangkaan untuk kenaikan kepada 0.3%. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Amerika Syarikat mahupun Kanada hari ini.