Dollar CAD melonjak lebih 130 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3845 sebelum menutup sekitar paras C$1.3770; setelah angka inflasi Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan, dengan inflasi teras meningkat dari 0.1% kepada 0.3%, berbanding jangkaan 0.2%. Namun secara keseluruhan, inflasi masih pada sifar, walaupun ianya lebih baik dari -0.1% pada sebelumnya.
Di pasaran Kanada, jualan runcit Disember dilaporkan jatuh dari 1.7% kepada 2.2% dibawah sifar dan pasaran hanya menjangkakan kejatuhan sebanyak 0.7% dibawah sifar. Jualan teras juga disemak lebih rendah kepada 1% daripada 1.1%, serta jatuh lebih rendah kepada 1.6% dibawah sifar pada kali ini. Pasaran hanya menjangkakan kejatuhan sebanyak 0.5% dibawah sifar.
[adrotate group=”6″]
Walaubagaimanapun, angka inflasi Kanada agak baik dengan peningkatan daripada -0.5% kepada 0.2% berbanding jangkaan sifar. Inflasi teras juga lebih baik, meningkat 0.3% daripada -0.4%, berbanding jangkaan pada 0.2%. Agak mengejutkan apabila jualan runcit Kanada jatuh, walaupun pada musim perayaan Krismas lalu. Namun, penganalisis melihat faktor cuaca yang tidak menentu sebagai punca kejatuhan.