Janji menteri tenaga Arab Saudi untuk mengurangkan eksport memberi impak yang signifikan dalam melonjakkan harga minyak mentah pada Isnin. Pergerakan yang tidak menentu akan berterusan dalam pasaran ini dengan harga bergelut untuk mengekalkan kenaikan.
Minyak WTI (West Texas Intermediate) setakat ini telah naik 1.22% dari paras terendah $45.41 kepada $46.26 setong setakat ini pada pukul 10.38 pm.
Manakala minyak Brent naik sehingga 1.02% kepada $48.53 setong dari paras terendah $47.89.
Data terbaru jumlah pelantar di Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Baker Hughes merekodkan kejatuhan minggu lalu yang juga merupakan kejatuhan kedua berturut-turut. Ini juga menunjukkan harga minyak yang rendah telah mula menyerap aktiviti carigali di negara ekonomi terbesar dunia itu.
Dalam rundingan di St. Petersburg, pengeluar OPEC dan Non-OPEC membincangkan kemajuan dalam mengimbangi pasaran dan juga pematuhan kepada perjanjian yang telah dibuat.
Al-Falih wakil Arab Saudi yang juga pengerusi OPEC telah mengatakan tidak akan ada rundingan bagi memotong bekalan yang lebih banyak dalam mesyuarat kali ini. Namun, pengeluaran oleh Nigeria dan Libya masih lagi dikekalkan dengan Arab Saudi menunjukkan Libya sudah bersedia mengurangkan pengeluaran sehingga 1.8 juta tong sehari.