Dolar Australia bergerak lebih tinggi berbanding US dolar pada Rabu, dalam masa yang sama Kiwi (NZD) stabil selepas cuti umum di US dan ujian peluru berpandu oleh Korea Utara pada Selasa.
Aud/Usd setakat ini meningkat 0.32% kepada 0.7628 setakat pukul 2.34 pm. Pasaran ekuiti di Australia ditutup lebih rendah pada Rabu dengan ASX200 susut 0.12%.
Data sektor pembuatan US yang memberangsangkan pada Isnin telah meningkatkan keyakinan terdapat satu lagi kenaikan kadar faedah oleh The Fed tahun ini. Berita ini juga sekaligus membantu indeks US dolar menjauhi paras terendah sembilan bulan lalu.
US dolar berada di bawah tekanan minggu lalu berikutan komen positif oleh bank pusat Eropah, UK dan Kanada tentang keperluan mengetatkan polisi di masa akan datang.
Nzd/Usd hanya sedikit berubah dengan naik 0.04% kepada 0.7291 setakat ini.
Pemain pasaran masih dilihat berhati-hati selepas ujian terbaru peluru berpandu oleh Korea Utara yang disasarkan ke kawasan perairan Jepun. Tokyo membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan menyatakan ia telah melanggar secara terang-terangan resolusi PBB.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain kini stabil di sekitar 95.91, susut 0.08% setakat hari ini.