Data terbaru yang dikeluarkan Baker Hughes bagi minggu berakhir 13 April menunjukkan penambahan jumlah pelantar kepada 847 dari 839 pelantar sebelum ini.
Jumlah pelantar minyak meningkat kepada 683 dari 672 pelantar sebelum ini. Jumlah pelantar meningkat untuk kali ke-13 minggu berturut-turut ke paras tertinggi sejak May 2015. Manakala jumlah pelantar gas pula berkurangan kepada 162 dari 165 sebelum ini.
Pengeluaran minyak mentah dari Amerika Syarikat akan terus meningkat dalam jangka pendek dengan tambahan 150 buah pelantar sejak Januari tahun ini. Dengan pemulihan harga komoditi ini akan meningkatkan semula aktiviti cari gali minyak beberapa minggu akan datang.
Harga komoditi hitam tidak memberikan sebarang reaksi yang signifikan berikutan cuti umum di beberapa negara pasaran utama dunia.
Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) ditutup di paras $53.23 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) ditutup pada harga $55.87 setong.