Menurut ringkasan mesyuarat 15 hingga 16 Mac yang dikeluarkan pada Isnin, ahli lembaga Bank of Japan berkata bahawa dasar kewangan yang longgar akan dikekalkan untuk jangka masa beberapa waktu lagi kerana pertumbuhan harga pengguna masih berada jauh daripada sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.
Mereka juga menolak kemungkinan bahawa BoJ akan meningkatkan sasaran hasil bon kerajaan bagi tempoh 10 tahun walaupun berlaku peningkatan terhadap kadar faedah di luar negara. Bank tersebut juga berkata bahawa tumpuan harus diberikan semata-mata kepada ekonomi domestik.
BoJ buat masa ini mengekalkan dasar pada paras negatif 0.1 peratus dan meletakkan hasil bon kerajaan bagi tempoh 10 tahun pada sekitar sifar peratus.
Ekonomi negara juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila eksport dan pengeluaran perindustrian dicatat lebih kukuh. Namun begitu, kebimbangan mengenai permintaan domestik masih kekal berleluasa kerana harga pengguna teras hanya meningkat 0.1 peratus pada bulan Januari.
Beberapa ahli lain juga berkata, BoJ telah meningkatkan pembelian hutang kerajaan dengan ketara pada bulan lepas, sekali gus mendedahkan kelemahan dasar BoJ dalam mengawal sasaran hasil.
Risiko Politik Termasuk Brexit Punca Emas didagang Lebih Tinggi!