Menurut salah seorang ahli penyelidik kewangan kanan di China, negara terbabit perlu menghentikan campur tangan terhadap pertukaran wang asing dan membiarkan Yuan “float” dengan bebas.
Xiao Lisheng iaitu pakar kewangan yang berkhidmat di Akademi Sains Sosial China membuat kenyataan terbabit dalam satu artikel secara rasmi di China Securities Journal. Pandangan itu dikeluarkan berikutan perbincangan hangat oleh beberapa orang penganalisis ekonomi mengenai desakan agar matawang itu kembali berdagang bebas.
Yuan kehilangan 6.6 peratus berbanding US Dollar pada tahun lepas, sekali gus merekodkan penurunan tahunan yang paling tinggi sejak tahun 1994.
Tindakan kerajaan dalam melengah-lengahkan isu ini dijangka akan memberi lebih tekanan buat matawang terbabit.
Yuan buat masa ini dibenarkan untuk didagang pada rantaian 2 peratus serta dikawal selia oleh bank pusat China.
Dalam pada itu, kebanyakan ahli strategi matawang China menganggarkan bahawa Yuan boleh menyusut dengan lebih tinggi sekiranya matawang Greenback kekal kukuh dan merangsang tambahan aliran modal keluar dari China.
Xiao juga menambah bahawa mekanisma yang diadaptasi sejak tahun 2015 iaitu mid-point formation (mekanisma pertengahan di antara kawalan ketat dan pergerakan bebas yang juga disebut sebagai free float) masih belum dapat mengurangkan tekanan susut nilai buat matawang Yuan.
Pendapat sama juga diutarakan oleh bekas penasihat bank pusat iaitu Yu Yongding yang mendesak agar kerajaan menghentikan campur tangan terhadap perdagangan matawang Yuan demi membantu menstabilkan rizab asing China.
Rizab pertukaran asing China telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 6 tahun pada bulan Disember. Bagi keseluruhan tahun 2016 pula, rizab asing China telah jatuh sekitar $320 Billion kepada $3.011 Trillion.
Tahun Ini diramal Akan Lebih “Volatile” Buat Pasaran Minyak Mentah : IEA