Data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) di Amerika Syarikat naik 0.2% pada April berbanding penyusutan 0.2% sebelum ini. Dalam tempoh 12 bulan sehingga April kadar PCE susut kepada 1.7% dari 1.9% sebelum ini.
Indeks PCE teras (core-PCE) naik 0.2% pada tempoh sama yang melebihi jangkaan pasaran kenaikan 0.1%. Dari tahun ke tahun (dalam tempoh 12 bulan sehingga April) core-PCE merosot kepada 1.5% dari 1.6% yang sejajar dengan jangkaan pasaran.
Data inflasi sepanjang dua bulan ini dilihat lemah secara keseluruhan, meningkatkan keraguan tentang trend dalam data inflasi walaupun kejatuhan harga minyak mentah memberi kesan yang signifikan dalam data bulan Mac.
Dalam mesyuarat Mei, majoriti ahli FOMC (Federal Reserve Open Market Committee) masih menjangkakan sasaran inflasi 2% akan dicapai dengan kelemahan dalam data-data terkini hanyalah faktor sementara.
Data yang lebih baik dari jangkaan dengan bacaan teras 0.2% akan membantu menyokong jangkaan peningkatan kukuh dalam inflasi walaupun masih ada kebimbangan kepada bacaan teras tahunan (core-annual) jatuh dan terus berada di bawah sasaran 2%.
Dalam konteks ini, paras rendah dalam inflasi teras (core-inflation) akan menghasilkan lebih banyak keraguan sama ada inflasi akan meningkat dan sama ada The Fed akan meneruskan polisi normalisasi (kenaikan kadar) selepas Jun.
US dolar melonjak selepas data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy naik hampir 30 pip selepas data ini dikeluarkan.