Hari ini Bank Pusat Eropah (ECB) mengarahkan supaya bank-bank di zon Eropah untuk mula memperbanyakkan peruntukan tunai bagi menampung hutang lapuk (bad loan) bermula tahun depan. Tindakan ini diambil oleh ECB bagi menyelesaikan masalah yang telah berlaku secara berterusan dalam sektor perbankan.
Hutang lapuk atau bad loan bermaksud pembayaran semula pinjaman yang tidak dilakukan berdasarkan tempoh perjanjian asal antara peminjam dan pemiutang.
Bermula 1 Janurai tahun depan, setiap bank di Eropah akan diberikan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk mula mengagihkan peruntukan dana bagi menampung 100 peratus jumlah hutang tidak bercagar yang baru, dan tempoh tujuh tahun untuk menampung semua jaminan bad debt/bad loan.
ECB berkata, “Tambahan pula, setiap bank dijangka akan menerangkan kepada penyelia sebarang bentuk penyelewengan berdasarkan panduan yang diberikan. Dan berdasarkan maklumat ini, ECB akan menilai keperluan untuk menambahkan lagi langkah-langkah dalam penyeliaan.”.
Walau bagaimanapun, langkah mengetatkan seliaan ini tidak akan memberi menjejaskan hutang lapuk yang berjumlah hampir 1 trillion Euros, namun ECB menjelaskan mereka akan menyediakan dasar-dasar yang lain pada akhir suku tahun pertama 2018 untuk menangani masalah hutang sedia ada ini.
Matawang Euro masih lagi kukuh berbanding dolar pada pasaran Eropah dengan EUR/USD bergerak sekitar $1,1761, naik 0.14% pada jam 4.00 petang.