Imbangan perdagangan China baru sahaja dikeluarkan pagi tadi yang menunjukkan lebihan dagangan (trade surplus) melebihi jangkaan pasaran pada Jun berikutan peningkatan eksport.
Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade deficit (defisit dagangan).
Kenapa lebihan perdagangan baik untuk sesebuah negara? Ok, apabila kita mengatakan data imbangan perdagangan itu adalah trade surplus “lebihan perdagangan”, ia bermakna jumlah eksport adalah lebih banyak daripada jumlah import. Ia juga bermaksud lebih banyak China menjual daripada membeli daripada negara-negara lain di seluruh dunia.
Dari segi US dolar lebihan dagangan China meningkat kepada $42.77 billion pada Jun berbanding $40.81 billion pada Mei. Jangkaan bagi data kali ini ialah lebihan bertambah kepada $42.44 billion.
Eksport China meningkat 11.3% dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun 2017, manakala import naik 17.2% dari tahun ke tahun (dalam tempoh 12 bulan) di mana kedua-dua bacaan lebih tinggi daripada ramalan.
China akan mengeluarkan data pertumbuhan ekonomi (GDP) minggu depan yang mana jangkaan adalah positif kepada negara ekonomi kedua terbesar dunia ini.