Harga emas terus menyusut pada hari Selasa, mengekalkan kerugian sejak sesi yang lalu selepas kebimbangan terhadap potensi kemusnahan ribut Irma dan ketegangan di wilayah Korea semakin reda.
Harga pasaran hadapan emas di Comex didagang pada $1,331.60 per ounce stakat jam 3.50 petang, jatuh $4.10 atau 0.31% selepas jatuh ke paras terendah minggu ini $1,328.00.
Semalam emas jatuh $15.50 atau 1.2% dengan permintaan kepada aset safe haven berkurangan apabila Korea Utara dilihat tidak meneruskan ujian peluru berpandu pada sambutan ulangtahun penubuhan negara tersebut.
Pelbagai spekulasi muncul menjelang sambutan ulangtahun penubuhan Korea Utara 9 September lalu, termasuk perlaksanaan ujian senjata nuklear mereka seterusnya.
Ribut Irma yang semakin lemah turun mengurangkan kebimbangan terhadap kemusnahan ekonomi di Amerika, meyokong menguatkan dolar.
Walaupun dalam kerugian, harga emas masih berada di sekitar paras tertinggi tahun lalu pada $1,362.40 yang di capai pada minggu lepas.
Pada minggu lalu, pasaran logam berharga disokong oleh kebimbangan pada ketidaktentuan geopolitik di wilayah Korea dan jangkaan pengetatan polisi monetari US yang semakin berkurangan.
Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang menguat akan mengurangkan pegangan aset beharga emas kerana nilai semakin mahal untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.