Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Inflasi harga pengguna merosot pada Julai di China, manakala harga pengeluar meningkat pada kadar stabil seperti yang dikeluarkan pada Rabu.
Harga pengguna (CPI) naik 1.4% dalam tempoh 12 bulan sehingga Julai 2017, kurang daripada jangkaan dan bacaan sebelum ini yang merekod 1.5%.
Dari segi bacaan bulanan harga pengguna naik 0.1%. Bacaan utama inflasi China meleset tahun ini selepas mencapai paras melebihi 2% secara tahunan pada penghujung 2016.
Dalam laporan data inflasi berlainan, harga pengeluar (PPI) meningkat 5.5% pada Julai tidak berubah daripada bacaan bulan sebelum ini.
Pemulihan atau peningkatan dalam harga pengeluar sebenarnya telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan lebih daripada jangkaan di China sejak beberapa suku-tahunan lepas. Pertumbuhan pada suku kedua 2017 berkembang sebanyak 6.9%.
Polisi fiskal telah membantu dalam menstabilkan harga pengeluar dan beberapa tindakan kerajaan dibuat untuk menangani halangan dalam lebihan-kapasiti.
Pada Selasa, China melaporkan lebihan dagangan (trade-surplus) yang kukuh daripada jangkaan. Namun, peratusan kenaikan eksport semakin perlahan.

























































