Sekarang bukanlah masanya mahu menaikkan kadar faedah, kata Gabenor Bank of England Mark Carney pada Selasa sambil memberi amaran pertumbuhan gaji adalah lemah dan akan memberi impak kepada Britain dengan UK sedang bersedia meninggalkan Kesatuan Eropah.
Carney bercakap di hadapan komuniti perbankan bersama Philip Hammond di London.
“Polisi monetari tidak boleh mengelakkan pertumbuhan pendapatan benar yang lemah untuk bersama-sama menyumbang dalam perubahan perjanjian perdagangan dengan EU.”
Minggu lalu, tiga dari ahli bank pusat memilih untuk menaikkan kadar faedah sementara lima lagi mengundi pengekalan kadar. Carney juga mengundi untuk mengekalkan kadar tersebut yang menunjukkan beliau tidak terburu-buru dalam mengubah pandangannya terhadap ekonomi.
“Dengan isyarat yang bercampur-campur dalam perbelanjaan pengguna dan pelaburan perniagaan dan juga tekanan inflasi yang masih terhalang, ini bukanlah masanya untuk memulakan perubahan,” kata Carney.
“Dalam beberapa bulan lagi, saya mahu melihat perkembangan pertumbuhan penggunaan diseimbangkan oleh komponen permintaan sama ada gaji semakin kukuh atau lebih umum lagi, bagaimana ekonomi bertindak balas terhadap realiti rundingan Brexit.”
Selepas komen ‘dovish‘ Carney, matawang Gbp menjunam dengan Gbp/Usd jatuh hampir 100 pip dari paras tertinggi hari ini.