Pihak kerajaan Jepun pada hari ini mengatakan, Jepun perlu memberi respon yang tegas terhadap pergerakan pasaran tukaran matawang asing (Forex market), agar nilai Yen terus memberikan suasana yang menyokong syarikat-syarikat di negara itu.
Ketua Setiausaha Kabinet, Suga memberitahu media bahawa, kerajaan akan memerhati pasaran secara dekat untuk mengelakkan sebarang aktiviti spekulatif.
Ketika ini Yen terus melemah berbanding US dolar sehingga memadam 84% kekuatan Yen pada 2016. Yen dilihat menguat dengan Usd/Jpy membuat penurunan dari Januari sehingga Mei 2016, sebelum terpantul semula dari paras 100.10.
Dalam kenyataan Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga minggu lalu,”Polisi matawang adalah keutamaan pentadbiran Shinzo Abe agar syarikat-syarikat Jepun terus komnpetitif”.
Ekonomi Jepun yang banyak disumbangkan oleh sektor pembuatan dan juga sebagai negara pengeksport, memerlukan nilai matawang yang kompetitif. Kompetitif di sini bermaksud, nilai Yen yang tidak terlalu tinggi untuk bersaing dengan negara jiran China dan Korea Selatan.
Kerajaan Jepun juga telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengurangkan kenaikan Yen. Hal ini disebabkan, nilai Yen yang tinggi akan menyukarkan pengeksport dari Jepun bersaing dengan negara jirannya.