Jumlah jualan runcit di UK naik 0.3% pada Julai berbanding jangkaan 0.2%. Bacaan sebelum ini iaitu pada Jun dikaji semula kepada hanya kenaikan 0.3% dari 0.6%. Dari segi bacaan tahunan kadar ini jatuh kepada 1.3% dari 2.8% sebelum ini.
Bacaan yang tidak mengambil kira jualan tenaga meningkat 0.5% dari bulan ke bulan dengan bacaan tahunan meningkat 1.5% dari 2.8% sebelum ini.
Pertumbuhan dalam jangka masa tiga bulan sehingga Julai naik 0.6% di mana bacaan tahunan naik 1.3% yang terendah sejak November 2013. Terdapat kenaikan yang kukuh dari segi jualan makanan naik 1.5% selepas kelemahan pada Jun.
Keseluruhannya, keyakinan dalam perbelanjaan kekal lemah khususnya dengan pendapatan benar yang semakin berkurangan. Pasaran buruh walaubagaimanapun, dilihat kekal kukuh yang akan mengurangkan impak kejatuhan perbelanjaan dalam beberapa tempoh.
Tidak banyak yang berlaku kepada pasaran selepas data ini dikeluarkan dengan GBP melemah sedikit yang dapat dilihat kepada pasangan matawang GBP/USD pukul 4.30 petang tadi.