Perkembangan politik dijangka akan terus mempengaruhi dagangan Sterling dalam jangka pendek. Keyakinan terhadap ekonomi UK terus goyah dan akan terus memainkan peranan terhadap pasaran Britain.
Pasangan matawang Gbp/Usd kekal bergerak di bawah 1.1270 semasa sesi New York pada Rabu walaupun disokong oleh komen Haldane, ketua penganalisis ekonomi Bank of England (BoE).
Faktor politik akan menjadi pemangkin penting menjelang rundingan antara Britain dan Kesatuan Eropah pada lewat Khamis hari ini.
Terdapat laporan bahawa perjanjian antara kerajaan dan parti DUP (Democratic Unionist Party) semakin hampir dipersetujui, tetapi ada juga laporan mengatakan permintaan oleh DUP akan mengekalkan ketidaktentuan dalam masa terdekat.
Spekulasi juga bertiup kencang di mana terma perjanjian Brexit berkemungkinan dipinda di House of Lords, khususnya dengan kedudukan kerajaan yang lemah ketika ini.
Secara teori, ‘Soft Brexit‘ dijangka akan menyokong Sterling, khususnya jika terma-terma yang menyumbang kepada ‘Hard Brexit‘ dipinda. Walaubagaimanapun, pasaran akan terus meneliti perkembangan terbaru rundingan.
Tidak banyak data-data impak tinggi dari US yang akan dikeluarkan hari ini dengan data tuntutan pengangguran yang dikeluarkan sebentar tadi sejajar dengan jangkaan pasaran.