Data bekalan minyak daripada Institusi Petroleum Amerika (API) semalam merekodkan penurunan 3.6 juta tong minyak pada 18 Ogos minggu lepas, selepas jatuh mendadak 9.16 juta tong minggu sebelumnya.
Laporan yang dikeluarkan menghampiri jangkaan penganalisis pada 3.5 juta tong.
Gasolin pula dilaporkan kurang 1.4 juta tong berbanding 0.3 juta tong minggu sebelumnya, manakala hasil sulingan pula turun sebanyak 2.0 juta tong pada minggu lepas berbanding 2.1 juta tong minggu sebelumnya. Data bahan bakar yang dilaporkan dilihat memberikan kesan yang negatif kerana pasaran menjangkakan penurunan yang sedikit pada kedua-dua bekalan tersebut.
Pasaran minyak yang naik turun (volatile) 83 sen semalam dengan minyak West Texas Intermediate (WTI) mendapat permintaan dan sokongan pada harga $47.50 setong sebelum mencecah atas $48.00.
Antara punca yang menyokong harga tersebut adalah kerana masih ada para pelabur yang optimis dengan data bekalan yang semakin menyusut, walaupun masih ramai bimbang jika harga meningkat, kos pengeluaran di US juga turut meningkat.
Selepas minyak mencapai harga sekitara $47.85 setong, WTI jatuh ke paras $47.70 dan bergerak di sekitar $47.63 pada pasaran Asia hari ini.
Hari ini, Energy Information Administration (EIA) akan melaporkan data rasmi bekalan minyak US, dan potensi untuk pasaran menjadi volatile masih tinggi jika angka pengeluaran masih tinggi walaupun data bekalan semakin susut.