Harga emas melonjak sedikit dalam sesi Asia pada Isnin menjelang ucapan Trump kepada Kongres kerana ia begitu penting dan bakal menjadi kunci terhadap keputusan bank pusat dalam menentukan kadar.
Emas bagi penghantaran April di Comex meningkat sebanyak 0.12 peratus kepada $1,258.65.
Ucapan Trump dianggap sebagai event penting bagi minggu ini kerana ia dikatakan akan memberikan maklumat lanjut mengenai pembaharuan cukai, pembatalan kawal selia dan perbelanjaan infrastruktur. Dalam masa yang sama, Fed Rate Monitor Tool masih menunjukkan bacaan yang rendah terhadap prospek kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Mac.
Pada minggu lepas, dagangan logam ini terus berada pada paras tertinggi pada Jumaat kerana didorong oleh kejatuhan US Dollar.
Komoditi ini juga dikatakan memanfaatkan kejatuhan US Dollar yang didagang merosot seiring dengan data yang bercampur-campur dari Amerika Syarikat.
Logam ini mula merancakkan dagangan pada minggu lepas apabila beberapa pegawai Fed enggan untuk menyokong kenaikan kadar gara-gara ketidakpastian terhadap kesan dasar Trump kepada ekonomi.