Harga emas meningkat lebih rendah dalam sesi Asia pada Khamis berikutan prospek permintaan bagi dua pengimport emas terbesar di dunia dari China dan India gara-gara pembaharuan cukai di New Delhi dan kelemahan matawang Yuan di China.
Emas bagi penghantaran April di Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.14 peratus kepada $1,251.90 satu troy ounce, manakala copper kali terakhir disebut pada $2,676 sepound.
Semalam, harga emas diniagakan pada paras sederhana disebabkan pengukuhan US Dollar yang terus memulih daripada paras terendah dalam tempoh sebulan.
Hal ini disebabkan pengumuman data jualan rumah di AS yang dicatat positif, sekali gus menolak US Dollar ke paras tertinggi dalam sesi sebelum ini.
Sementara itu, Theresa May semalam telah memulakan langkah formal dengan mencetuskan Article 50 yang dijangka akan mengambil masa selama dua tahun. Rundingan ini juga tidak boleh dihentikan keculai dengan persetujuan sebulat suara daripada semua negara anggota.
Jangan Terlalu Teruja Dengan Kenaikan Minyak Mentah Sesi Ini!